Pages

بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي

Saturday, March 8, 2014

Please come back MH370 :( pray 4 them..



Isyarat terakhir MH370 (MALAYSIA AIRLINE) di tengah laut

Isyarat terakhir MH370 di tengah laut

HANOI (Vietnam): Pihak berkuasa Vietnam mengesan isyarat terakhir pesawat MAS MH370 di luar pantai barat daya negara itu di Laut China Selatan.

Pegawai Gerakan Mencari dan Menyelamat Vietnam Pham Hien berkata, isyarat itu dikesan di 120 batu nautika di barat daya wilayah Ca Mau.

Pengarah pihak berkuasa penerbangan awam Vietnam Lai Xuan Thanh berkata, pesawat itu sedang terbang di kawasan laut dan dalam perjalanan memasuki ruang udara Vietnam tetapi pegawai kawalan udara tidak menerima sebarang perhubungan selepas kali terakhir dikesan.

Sementara itu, Vietnam yang bekerjasama dengan Malaysia dan China turut melancarkan gerakan mencari pesawat pesawat Boeing 777-200 yang dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Beijing.
- AGENSI


Sumber: https://www.facebook.com/BombaMalaysia.syed

Pesawat MH370 (Malaysia Airline) hilang di sempadan Vietnam




SEPANG: Pesawat MH370 jenis Boeing 777-200 dipercayai hilang di sempadan Veitnam ketika dalam perjalanan ke Beijing , kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya.

Beliau berkata, kali terakhir pesawat itu dikesan di kawasan sekitar Kota Bharu, Kelantan menghala ke Laut China Selatan.

MAS nafikan pesawatnya yang hilang ketika dalam perjalanan ke Beijing mendarat cemas di Nanming, China tetapi sudah menghubungi pihak berkuasa negara berkenaan untuk pengesahan lanjut.

Pesawat MH370 jenis Boeing 777-200 berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) jam 12.41 pagi tadi ke Beijing membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal dan dua bayi. Pesawat sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing jam 6.30 pagi tadi.

Pesawat itu membawa 152 warga China; Malaysia (38); Indonesia (12); Australia (tujuh); Amerika Syarikat (empat); Perancis (tiga); masing-masing dua dari New Zealand, Ukraine dan Kanada, serta masing-masing seorang dari Rusia, Itali, Taiwan, Belanda dan Austria.

Dua bayi terbabit adalah rakyat China dan Amerika Syarikat manakala pesawat dipandu oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, dan Kapten Fariq Ab Hamid, 27.

Ahmad Jauhari berkata, pihaknya sudah menggerakkan gerakan mencari selepas penerbangan hilang dari radar sejam kemudian dengan gerakan mencari ditumpu di lokasi terakhir dikesan di Laut China Selatan dan sempadan Vietnam.

Beliau berkata, pesawat berkenaan tidak pernah dikesan memasuki ruang udara China.

"Kami juga mengesahkan bahawa situasi cuaca dilaporkan baik," katanya.

China juga dilaporkan telah melancarkan bilik gerakan kecemasan berikutan kehilangan pesawat berkenaan.



Oleh Mohd Husni Mohd Noor

Sumber: https://www.facebook.com/BombaMalaysia.syed


JERICHO ROSALES BERLAKON DI MALAYSIA



Jericho Rosales yg pernah Popular Dalam drama Pangako Sa Yo berlakon bersama Pelakon baru Malaysia di Taiwan iaitu Rashidz Ghazali. Tajuk drama CHEF yg akan ditayangkan di astro . Turut membantu iaitu Aaron Aziz dan T Zakiah . ehehehe Akan di siarkan if tak silap astro MAYA HD. Abis shoot bulan 4 2014, keluarnya tak tau bila.. :) add saya di 
www.Facebook.com/Rashz666 
WeChat: Rashz666
Instagram: Rashidz6

Yang kat Taiwan tu acah2 aja.. :)