Pages

بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي

Monday, March 21, 2011

KAABAH..??!!!


Non MusLim: WhY SemBah KaAbAh SaMa Mcm SemBah berHaLa... ??
Huhhhh!!!!!!!!! Ape koRaNg Nak jaWab???? HaiiiYYoooo!!!!!!!!!











............................................................................................................................................

Di sini saya ingin menceritakan sedikit berkenaan dengan Ka’abah di mekah kerana menjawab pertanyaan dari seorang non-muslim. Diharap kepada siapa-siapa yang tahu lebih lanjut dapat menghuraikan lagi dengan panjang lebar.

Kaabah terletak di tengah-tengah Masjidil Haram di kota Mekah, Arab Saudi. Berbentuk segiempat sama dan pada asalnya telah dibina oleh Nabi Adam a.s dan telah dibina semula oleh Nabi Ibrahim dan anak nya Nabi Ismail a.s. Kaabah menjadi tempat utama bagi mengerjakan ibadah haji setahun sekali pada sepuluh hari pertama bulan Zul Hijjah (bulan terakhir menurut kalendar Islam). Bagi orang-orang Islam, Kaabah ini adalah rumah Allah di muka bumi ini dan tempat itu adalah satu tempat ibadah yang suci.

Tujuan utama didirikan Ka’abah adalah pertama-tamanya mengikut firman Allah yang bermaksud, “Allah telah menjadikan ka’bah, rumah suci itu sebagai pusat (peribadatan dan urusan dunia) bagi manusia , dan (demikian pula) bulan Haram , had-ya , qalaid . (Allah menjadikan yang) demikian itu agar kamu tahu, bahwa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi dan bahwa sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Al-Maidah: 97).

Dan dalam ayat lain yang bermaksud, “Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun untuk (tempat beribadat) manusia, ialah Baitullah yang di Bakkah (Mekah) yang diberkati dan menjadi petunjuk bagi semua manusia.

Padanya terdapat tanda-tanda yang nyata, (di antaranya) maqam Ibrahim ; barangsiapa memasukinya (Baitullah itu) menjadi amanlah dia; mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, iaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah. Barangsiapa mengingkari (kewajiban haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam. “.

Katakanlah: “Hai Ahli Kitab, mengapa kamu ingkari ayat-ayat Allah, padahal Allah Maha menyaksikan apa yang kamu kerjakan?”.

Katakanlah: “Hai Ahli Kitab, mengapa kamu menghalang-halangi dari jalan Allah orang-orang yang telah beriman, kamu menghendakinya menjadi bengkok, padahal kamu menyaksikan?”. Allah sekali-kali tidak lalai dari apa yang kamu kerjakan.

(Aali Imran : 96-99)

Saudara Taukie telah memberitahu tentang pengakuan Sharafuddin : “Islam juga mengutuk segala penyembahan kepada berhala-berhala (”idolatry”) kerana Muhammad telah menyatakan ‘La-illa ha-ilallah’, ‘Tidak ada tuhan selain daripada Allah’. Akan tetapi, SELURUH dunia Islam SETIAP HARI, DAN LIMA KALI SEHARI, mereka bersujud, berlutut dan berukuk kepada sebuah bangunan berbentuk segi-empat di kota Mekkah. Bangunan kaabah itu mengandungi sebuah Batu Hitam yang amat disanjung tinggi oleh semua para Muslimin dan Muslimat, yang disebut sebagai ‘Hajarul aswad’. Lebih tepat lagi, batu ini sebenarnya ialah satu serpihan tahi bintang yang telah jatuh dari langit di zaman dahulu.”

Jawapan kepada soalan Taukie: –> Islam sebenarnya bukan mengajar agar bersujud kepada kaabah itu, tetapi ka’abah itu hanya adalah KIBLAT, yang mana mengarahkan kepada Yang Satu. Yang mengajar kita agar BERSATU, semua hamba bersatu menyembah ALLAH yang satu. Perlu diketahui, kedudukan ka’abah di kota Mekah itu bersetentangan dengan Masjid para malaikat di langit iaitu BAITUL MAKMUR. Maka kami tidak menyembah ka’abah atau masjid ini melainkan ini hanyalah satu KIBLAt yang mengarah kami sujud pada yang satu iaitu ALLAH AZZA WA JALLA.

Kami tidak membawa patung ka’abah dan sebagainya ke mana-mana, seperti mana agama yang menyembah berhala, di mana2 pun mereka bawa. Hingga kan ke dalam rumah mereka pun mereka bawa untuk bersujud padanya. Itu berlainan sekali dengan konsep kami orang2 Islam menghadap kiblat.

Dan kebanyakan berhala2 yang diukir itu adalah berbentuk patung dan Islam melarang mengukir patung, kerana syaitan dan IBLIS amat gemar kepada patung dan sentiasa meresap masuk ke dalam patung tersebut. Dan apabila manusia menyembah patung tersebut, maka syaitan dan iblis membayangkan manusia itu menyembahnya. Sebab itu syaitan dan iblis amat suka manusia menyembah patung. Kita lihat lah semua agama lain termasuk Kristian tidak melarang pengukiran patung, hanya Islam yang melarang keras untuk mengukir patung! Maka tidak nampak kah lagi kita mana yang benar mana yang batil?

Batu hitam (Hajarul Aswad) itu pula adalah batu yang diturunkan oleh malaikat Jibril dari syurga. Dan diceritakan ianya diberikan oleh Jibril a.s kepada Nabi Ismail a.s. Kami tidak menyembah batu itu, tetapi hanya sekadar meletakkannya di tempat istimewa bagi tatapan manusia. Sama seperti kita letakkan perhiasan dalam rumah kita di tempat yang elok, selagi perhiasan itu tidak berbentuk benda bernyawa.

Maka hujjah Sharafuddin itu menentang Islam adalah palsu dan rekaan semata2 tanpa asas yang kukuh.

Saya pernah memberitahu konsep tawaf di Ka’abah itu sama seperti konsep yang berlaku pada benda yang terkecil di dunia iaitu ATOM. Elektron2 mengelilingi nukleus. Dan ia juga sama berlaku pada benda yang terbesar di dunia yang dapat dilihat oleh mata kasar kita iaitu matahari dan bintang. Planet2 mengelilingi matahari dalam sistem suria, dan sistem suria pula mengelilingi galaksi. Semua ini dalam keadaan tawaf, sama seperti orang tawaf di Ka’abah. maka konsep ini adalah konsep memuji2 dan membesar2 kan ALLAH! Dari alam mikro hinggalah ke alam makro, semuanya memuji2 ALLAH yang MAha Besar, seperti mana yang disebut dalam AlQuran, iaitu segala makhluk di muka bumi ini semuanya memuji ALLAH. Cuma manusia sahaja yang EGO tidak mahu memuji ALLAH dan mengakui keEsaanNya.

Maka apa yang Islam ajar semuanya bertepatan dengan SAINS setelah dikaji oleh manusia. Maka mengapa kita masih tidak menggunakan otak kita dengan baik??

Wallahu a’lam )

Orang-orang yang kurang akalnya diantara manusia akan berkata: “Apakah yang memalingkan mereka (umat Islam) dari kiblatnya (Baitul Maqdis) yang dahulu mereka telah berkiblat kepadanya?” Katakanlah: “Kepunyaan Allah-lah timur dan barat; Dia memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus “.

Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. Dan Kami tidak menetapkan kiblat yang menjadi kiblatmu (sekarang) melainkan agar Kami mengetahui (supaya nyata) siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang membelot. Dan sungguh (pemindahan kiblat) itu terasa amat berat, kecuali bagi orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah; dan Allah tidak akan menyia-nyiakan imanmu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia.

Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit , maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan dimana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Al Kitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui, bahawa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan.

Dan sesungguhnya jika kamu mendatangkan kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Al Kitab (Taurat dan Injil), semua ayat (keterangan), mereka tidak akan mengikuti kiblatmu, dan kamu pun tidak akan mengikuti kiblat mereka, dan sebahagian mereka pun tidak akan mengikuti kiblat sebahagian yang lain. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah datang ilmu kepadamu, sesungguhnya kamu -kalau begitu- termasuk golongan orang-orang yang zalim.

5 comments:

Unknown said...

jom mengaji rashid. ;)

Rashidz Ghazali™ said...

nak aku ajar ke? eheheh

Aaron said...

Allah tu kan dewa bulan orang arab

Aaron said...

Allah tu kan dewa bulan orang arab

Rashidz Ghazali™ said...

Allah bukan dewa, tapi tuhan