Pages

بِسْــــــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي

Friday, March 29, 2013

SURAH YASSIN & KEBERKATANNYA.


 


 Adakah Anda Tahu !!!!!


Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : 
Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan.”
Iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin , ia boleh menjadi kenyang .
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian .
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh .
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut .
5. Jika terpenjara akan dibebaskan .
6. Jika musafir membacanya , akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya .
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya .
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia , Allah meringankan siksanya
9. Jika orang yang dahaga membacanya , hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit , terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda:
 
Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin , nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali” .

12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi ,

Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari , turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut . Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah , menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya” .

13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya . Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil .
Dari: Golden Honey

No comments: